PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET)
Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, LIGS menggalakkan Pekebun Kecil Getah menceburi bidang lain sebagai sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi. Bagi merealisasikan hasrat ini, LIGS telah memperkenalkan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).
Program ini menyediakan bantuan peralatan, kelengkapan dan input bagi menjalankan projek seperti berikut :
- Tanaman Halia
- Tanaman Lada Hitam
- Ternakan Madu Kelulut
- Tanaman Buah-buahan
Kelayakan Pemohon - Pemohon mestilah Pekebun Kecil Getah warganegara Malaysia.
- Mempunyai minat serta berkeupayaan untuk melaksanakan projek.
- Pekebun Kecil Getah.
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Pejabat LIGS yang berdekatan. |